Kejuruteraan bioperubatan (
bahasa Inggeris: biomedical engineering) didefinisikan sebagai aplikasi teknik dan prinsip kejuruteraan kepada bidang perubatan. Menurut Professor
John G. Webster, kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.Ia merupakan penggunaan kemahiran reka bentuk dan mengatasi masalah dalam
kejuruteraan dalam sains
biologi dan
perubatan untuk membaiki perkhidmatan kesihatan untuk para pesakit serta kualiti hidup individu-individu. Ia lebih berkait dengan
biologi, isu
keselamatan dan pengawasan berbanding
kejuruteraan bentuk lain. Secara umumnya, bidang kejuruteraan tradisional yang menjadi asas kepada kejuruteraan bioperubatan adalah
kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan elektronik serta
kejuruteraan mekanikal.Prinsip kedua-kedua bidang kejuruteraan ini menjadi asas kepada silibus kejuruteraan dalam kejuruteraan bioperubatan.Cabang-cabang kejuruteraan lain termasuklah
kejuruteraan kimia, kejuruteraan optikal dan kejuruteraan bahan.Jurutera bioperubatan telah diajar dan perlu mengetahui ilmu-ilmu asas dalam kejuruteraan-kejuruteraan tersebut seperti Analisis Litar, Elektronik Analog dan Digital, Pemprosesan Isyarat, Sistem Kawalan, Statik dan Dinamik, Teori Elektromagnet, dan juga Matematik Kejuruteraan. Selain itu, jurutera bioperubatan turut diajar subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi untuk membolehkan mereka memahami mengaplikasikan ilmu kejuruteraan tersebut kepada sistem manusia.Kejuruteraan bioperubatan merupakan bidang yang baru, dan merangkumi
penyelidikan dan pembangunan dalam
bioinfomatik, pengimejan perubatan,
pemprosesan imej, pemprosesan isyarat fisiologi,
biomekanik,
biobahan,
biokejuruteraan, analisis sistem,
pemodelan 3-D dan sebagainya. Contoh pengaplikasian kejuruteraan bioperubatan termasuk perkembangan dan pembuatan prostetik, alat perubatan, alat diagnosis, alat pengimejan seperti
MRI dan
EEG serta
ubat farmaseutik.Kebanyakan peranti perubatan adalah selamat, sama ada yang memangnya selamat ataupun yang mempunyai peranti atau sistem tambahan agar dapat mengesan kegagalan mereka dan menutup secara automatik. Biasanya, peraturan asas adalah satu kegagalan tidak harus menjadikan kaedah terapi itu tidak selamat pada sebarang masa dalam kitaran tempoh hayatnya.